
Adakah anak anda
menghadapi masalah
pembelajaran dalam
Bahasa Inggeris?
Jangan risau, kami
sedia membantu anda!
Adakah anak anda sedang menghadapi
cabaran untuk menulis ayat asas
dalam Bahasa Inggeris?
Bagaimana pula dengan esei?
e.LT International English akan membantu anak anda untuk menulis. Pembelajaran telah dirangka dan dihasilkan secara berperingkat untuk memastikan anak anda mampu untuk menulis dengan penggunaan tatabahasa, struktur ayat dan gaya bahasa yang sesuai.


Adakah anak anda mengalami
kesukaran untuk bertutur dalam
Bahasa Inggeris dengan baik?
Bagaimana pula dengan
penggunaan bahasa yang tepat?
e.LT International English akan mengajar anak anda bermula daripada pertuturan asas, seterusnya perbincangan dalam kumpulan dan akhir sekali, pembentangan pentas. Pelbagai format pertuturan dalam bentuk panduan dan pelajaran akan membantu anak anda untuk menguasai Bahasa Inggeris seperti tahap cendekiawan antarabangsa.
Adakah anak anda tidak dapat
membaca dan memahami perkataan
Bahasa Inggeris?
Bagaimana pula dengan sebutan
perkataan yang tepat?
Anak anda akan diberi pendedahan kepada pelbagai jenis penulisan seperti cerita, sajak dan sebagainya. Terdapat banyak kosa kata, tatabahasa dan pengetahuan Bahasa Inggeris yang digunakan untuk memberi penerangan dan pendedahan di sebalik kekayaan bahasa.

